Zoom 'A' ialah suatu program e-Pembelajaran eksklusif melalui kemudahan Internet dirancangkan dan dikendalikan secara rapi, bersistematik, dan terkini untuk membantu para pelajar dalam pembelajaran.
Kami warga Sekolah Kebangsaan Sri Tebrau, dengan penuh tekad dan
iltizam berikrar dan berjanji akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha
kami untuk :-
Memastikan sistem pendidikan berjalan dengan baik di sekolah ini
bagi memenuhi kehendak individu, masyarakat dan negara serta
memenuhi matlamat perpaduan negara
Memastikan staf yang mencukupi serta berdedikasi, komitmen,
berdisiplin, bertanggungjawab dan produktif
Memastikan pelajaran dimulakan pada hari pertama persekolahan
Memastikan setiap guru dan kakitangan sokongan sekolah dapat
berkhidmat dengan cekap dan berkesan sepanjang masa
Memastikan kami sentiasa peka dan responsif kepada kehendak dan
keperluan pelanggan yang terdiri daripada murid, ibu bapa,
penjaga, masyarakat dan negara
Memberi layanan mesra, perkhidmatan yang cekap dan jawapan
yang segera kepada setiap pelanggan yang berurusan dengan kami
Memastikan segala urusan surat menyurat, laporan dan maklumat
diberi perhatian dan tindakan segera kepada setiap pelanggan yang
berurusan dengan kami
Mewujudkan persekitaran dan budaya sekolah yang kondusif ke arah
melahirkan murid yang seimbang dan harmonis selaras dengan hasrat
Falsafah Pendidikan Negara
Sentiasa bersedia dan sanggup menerima pendapat, cadangan, syor
dan teguran yang membina daripada semua pihak demi
meningkatkan prestasi perkhidmatan dan kecemerlangan akademik.