 BIODATA CIK HJH. MAZNAH BINTI ABDUL HAMID
GURU BESAR SEKOLAH KEBANGSAAN SRI TEBRAU, JOHOR BAHRU.
Cik Hjh. Maznah binti Abdul Hamid dilahirkan pada 3 Oktober 1957, di Kampung Bakar Batu, Johor Bahru. Beliau merupakan anak kelima daripada 7 orang adik-beradik.
Cik Hjh. Maznah binti Abdul Hamid mendapat pendidikan rendah di Sekolah Kebangsaan Tebrau Bakar Batu, Johor Bahru dan pendidikan menengah di Sekolah Menengah Sultan Ismail, Johor Bahru sehingga ke Tingkatan Enam. Beliau seterusnya mengikuti Kursus Perguruan di Maktab Perguruan Kuantan Pahang mulai 1996 hingga 1997.
Memulakan kerjaya perguruannya di Maktab Sultan Abu Bakar dari tahun 1978 hingga 1995. Beliau telah dilantik sebagai Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid dan Guru Penolong Kanan Kurikulum di Sekolah Kebangsaan Convent, Johor Bahru dari tahun 1995 hingga 2001.
Mulai 16 Jun 2001, beliau dilantik sebagai Guru Besar Sekolah Kebangsaan Taman Bukit Mewah, Johor Bahru dimana beliau mentadbir sekolah baru beroperasi pembukaannya.
Pada 26 Disember 2002 beliau berpindah ke Sekolah Kebangsaan Sri Tebrau sebagai Guru Besar sehinggalah sekarang. Di bawah pentadbirannya, prestasi sekolah telah meningkat di dalam bidang akademik, kokurikulum dan juga prasarana sekolah.
KEJAYAAN DAN ANUGERAH SEKOLAH DI BAWAH KEPIMPINANNYA
- Mencapai Peratus Kelulusan Terbaik kedua Negeri Johor Peperiksaan UPSR 2003
- Johan sekolah harapan Negara Peringkat Daerah Johor Bahru 2004
- Naib Johan Sekolah Harapan Negara kategori Sekolah Kebangsaan Peringkat Negeri Johor 2004
- Keputusan cemerlang UPSR Negeri Johor 2005
- Peratus calun menguasai ketiga tertinggi UPSR Daerah J.Bahru 2005
- Bahasa Inggeris Sekolah Kebangsaan Kedua Terbaik UPSR Daerah J.Bahru 2005
- Anugerah Selangkah Dihadapan Negeri Johor 2005
- Peratus Lulus Tertinggi Daerah J.Bahru 2005
- Sekolah Cemerlang kategori bilangan murid yang mendapat semua A teramai dalam semua matapelajaran yang diambil UPSR Negeri Johor.
- Pencapaian matapelajaran Sains Terbaik Sekolah Kebangsaan Negeri Johor 2006
- Sekolah cemerlang kategori pencapaian matapelajaran terbaik B.Inggeris Sekolah Kebangsaan Negeri Johor 2006
- Anugerah sekolah melahirkan Atlet Berprestasi Tinggi ketegori sekolah rendah 2006
- Anugerah Selangkah Dihadapan UPSR 2006 Jabatan Pelajaran Johor
ANUGERAH PERKHIDMATAN
- Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 1997
- Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2005
- Penghargaan oleh Perunding Kanan Institut Aminuddin Baki – Pn. Marry Yap
ELEMEN-ELEMEN SOKONGAN
Selain daripada anugerah yang telah diterima oleh sekolah ini di bawah kepimpinan beliau, penglibatan sekolah sangat aktif di dalam aktiviti luar seperti berikut:
- Pertandingan Pusat Sumber Terbaik Negeri Johor 2006
- Pertandingan Pengurusan Sukan Peringkat Negeri
- Pertandingan Story Telling Peringkat Kebangsaan 2004 (Tempat ke 4)
- Pertandingan Choral Speaking Daerah Johor Bahru 2006 (Johan)
- Pertandingan Choral Speaking anjuran Utusan Malaysia sempena Hari Guru Peringkat Kebangsaan 2006 (Johan)
- Pertandingan Public Speaking Daerah J.Bahru 2006 (Johan)
- Pertandingan Public Speaking Daerah J.Bahru 2007 (N.Johan)
- Pertandingan Golf Negeri Johor dan ke-7 MSSM 2004
- Fasilitator kepada Guru Besar-Guru Besar Sekolah N.Johor pencapaian Matematik di bawah 70 % UPSR 2006
- Peratus kelulusan tertinggi UPSR 2006
- Kecemerlangan Akademik UPSR 2006 Program Zoom A Pejabat Pelajaran Daerah dan Jabatan Pelajaran Johor.
|