Zoom 'A' ialah suatu program e-Pembelajaran eksklusif melalui kemudahan Internet dirancangkan dan dikendalikan secara rapi, bersistematik, dan terkini untuk membantu para pelajar dalam pembelajaran.
Peperiksaan Akhir Tahun akan diadakan pada 20,21,22 dan 23 Oktober 2008. Jadual peperiksaan akan diedarkan kemudian. Sepanjang peperiksaan dijalankan, waktu pulang murid seperti biasa.
PEPERIKSAAN SETARA AKHIR TAHUN PENDIDIKAN ISLAM TAHUN 6
Peperiksaan Setara Akhir Tahun Pendidikan Islam Tahun 6 sekolah kebangsaan akan diadakan pada hari Rabu, 22 Oktober 2008 jam 11.00 pagi hingga 12.30 tengahari. Semua murid Islam Tahun 6 dikehendaki menduduki peperiksaan tersebut.
Perkhemahan Unit Beruniform bagi Tahun 4,5 dan 6 akan diadakan di sekolah pada 17 dan 18 Oktober 2008. Murid-murid yang terlibat sahaja dikehendaki hadir.