Usul PIBG 2009 |
1 |
Usul diterima daripada En. Shanmugaratnam A. Beliau mencadangkan supaya kelas Bahasa Tamil dijalankan dalam jadual sekolah bukannya pada hari Jumaat jam 12.30 tengahari hingga 2.30 petang. Beliau juga meminta guru-guru kelas memberikan nombor telefon kepada ibu bapa supaya ibu bapa dapat mengetahui tentang perkembangan anak mereka.
|
Guru Besar menjelaskan kelas Bahasa Tamil telah dilaksanakan dalam jadual waktu sekolah bagi murid Tahun 1dan 2 sahaja.Kelas pada hari Jumaat jam 12.30 tengahari hingga 2.30 petang merupakan kelas POL bagi murid India Tahun 3, 4 dan 5 sahaja. YDP PIBG tidak menggalakkan guru-guru untuk memberikan nombor telefon kepada ibu bapa kerana ini boleh mengganggu ketenteraman guru-guru ketika berada di rumah. Sekiranya ada sebarang masalah ibu bapa bolehlah datang ke sekolah untuk berbincang atau berhubung terus dengan guru besar.
|
2 |
Usul diterima daripada En. Mohammad Ali B. Aziz. Beliau mencadangkan supaya murid-murid dibenarkan duduk semasa perhimpunan. |
Guru Besar menyatakan perhimpunan hanya dilaksanakan dalam tempoh 25 minit. Sekiranya perhimpunan mengambil masa lebih dari tempoh itu murid-murid dibenarkan untuk duduk. |
3 |
Usul diterima daripada En. Jegathesvaran G. Beliau mencadangkan supaya diwujudkan satu program membaca sistematik. |
Guru Besar menerangkan bahawa program itu telah lama dilaksanakan iaitu melalui Program NILAM. |
4 |
Usul diterima daripada Pn. Nurlinda Bt. Abdullah. Beliau mencadangkan supaya diwujudkan anugerah murid paling sopan dan berbudi bahasa. |
Guru Besar menyatakan anugerah ini telah pun dilaksanakan iaitu Anugerah PT Mc Care. |
5 |
Usul diterima daripada En. Harshan Kumar J. Beliau mencadangkan supaya pihak sekolah memastikan murid-murid beratur semasa keluar dari kawasan sekolah pada pukul 1.20 petang. |
Guru Besar menyatakan guru-guru bertugas telah diberi tanggungjawab untuk mengawal keadaan murid semasa berjalan keluar ke pintu pagar kecil sekolah. |
6 |
Usul diterima daripada Pn. Bashariah Bt. Adnan. Beliau mencadangkan supaya diwujudkan satu interaksi yang lebih berkesan di antara ibu bapa dan guru-guru. |
Guru Besar menjelaskan program seperti ini telah pun dilaksanakan seperti perjumpaan ibu bapa bersama guru-guru Tahun Enam dan perjumpaan ibu bapa bersama guru-guru Tahun Satu sebelum Program Transisi dilaksanakan. Kehadiran 80%. |
7 |
Usul diterima daripada Pn. Azrabi Nurhira Bt. Hassan. Beliau mencadangkan supaya guru-guru yang sepatutnya mengajar subjek yang ditetapkan masuk ke kelas berkenaan bukannya murid-murid yang harus bertukar kelas. |
| Guru Besar menjelaskan pertukaran kelas hanya berlaku bagi Subjek Pendidikan Agama Islam dan Pendidikan Moral, program Membaca semasa kelas pemulihan, jQAF dan semasa pelajaran Bahasa Tamil. Murid-murid harus bergerak berdasarkan subjek yang diambil. |
8 |
Usul diterima daripada Pn. Sharipah Bt. Naslah. Beliau mencadangkan supaya guru-guru dapat membantu murid-murid yang lemah di dalam mata pelajaran Matematik, Sains dan Bahasa Inggeris. |
Guru Besar menjelaskan Kelas Tambahan bagi semua mata pelajaran teras telah dilaksanakan. Kelas tambahan murid Tahun 6 dan Tahun 5 Sri 3 dijalankan pada setiap hari Isnin hingga Khamis jam 1.30 petang hingga 2.30 petang. |
9 |
Usul diterima daripada En. Ganesan V. Beliau mencadangkan supaya semua murid dimestikan mengambil bahagian dalam acara sukan. |
Guru Besar menyatakan pemilihan murid dalam acara sukan dilaksanakan ketika proses latihan sukan dan acara sukantara. Murid-murid yang menunjukkan bakat dan kecemerlangan layak dipilih untuk menyertai acara sukan. |
10 |
Usul diterima daripada En. Mansor B. Musa dan Pn. Norli Bt. Mohd. Salleh. Mereka mencadangkan supaya Buku Catatan Pembelajaran Murid yang telah dibeli digunakan supaya maklumat tentang kerja rumah dapat disampaikan dengan teratur dan dipantau oleh ibu bapa tanpa keraguan. |
Guru Besar menyatakan perkara ini akan dibincangkan bersama guru-guru ketika sesi mesyuarat guru untuk mempertingkatkan pelaksanaanya. |
11 |
Usul diterima daripada En. Syed Sulaiman Ahmad. Belliau mencadangkan supaya pihak sekolah menyediakan pengawal lalu lintas yang lebih berpengalaman untuk mengawal murid-murid melintas jalan. |
Guru Besar menjelaskan pengawal lalu lintas yang sedia ada sudah memadai. Kesesakan lalu lintas ada kalanya berpunca daripada sikap segelintir ibu bapa yang meletakkan kenderaan mereka sesuka hati dan mengganggu kenderaan lain dan pejalan kaki. |
| 12 |
Usul diterima daripada Chui Choo Meng, Sally Gwi Shee, Ng Siew Hoong, Yvonne Che, Jansen Ng, S. Sadish Kumar dan Peh Siew Lee. Mereka mencadangkan supaya semburan nyamuk ”fogging” dilakukan dengan lebih kerap dan setiap kelas perlu dipasang dengan ubat nyamuk elektrik bagi mengelakkan serta mengurangkan nyamuk di dalam kelas. Mereka juga mencadangkan supaya tandas yang baru untuk murid-murid dibina serta meminta supaya mempelbagaikan menu di kantin. |
YDP menyatakan semburan nyamuk telah dibuat oleh Majlis Bandaraya Johor Bahru pada 25 Januari 2009 yang lalu. Guru Besar juga menyatakan ubat nyamuk elektrik telah dipasang di kelas-kelas. Pihak AJK PIBG telah sepakat untuk menyumbangkan pemasangan net di kelas-kelas tingkat bawah Blok A bagi mengurangkan nyamuk. Bagi pembinaan tandas baru Guru Besar menyatakan sekolah tidak mempunyai peruntukan untuk membaikinya. Sumbangan daripada ibu bapa amatlah diharapkan bagi membaiki tandas baru dan mengatasi masalah nyamuk yang tidak pernah selesai. |
| 13 |
Usul diterima daripada En. Zaharin B. Mohd. Ali. Beliau mencadangkan supaya masa Pendidikan Jasmani dilanjutkan kepada 60 minit dan diadakan sekali seminggu. Beliau juga mencadangkan supaya murid-murid terus memakai pakaian sukan pada hari tersebut. |
Guru Besar menyatakan masa Pendidikan Jasmani tidak boleh dilanjutkan dari 30 minit kepada 60 minit. Guru Besar menyatakan kelonggaran diberikan kepada murid-murid untuk memakai pakaian sukan pada hari Isnin dan seterusnya tanpa menukar pakaian. |