|
Sepantun Kata, Seindah Bicara.
 Hajah Maznah binti Abdul Hamid Guru Besar Sekolah Kebangsaan Sri Tebrau
Usaha mengejar dan mencapai Kecemerlangan merupakan satu amalan dan budaya sekolah ini. Saya sangat menghargai segala usaha sama ada daripada pihak individu atau panitia untuk meningkatkan prestasi semua mata pelajaran yang membawa kepada peningkatan prestasi sekolah. Usaha ini merupakan maklum balas kepada Visi Sekolah Sri Tebrau Cemerlang Dalam semua Bidang Pada Tahun 2010 perlu disahut oleh guru-guru.
Sekolah mesti mempunyai “ Success Story ” yang boleh dijadikan modal penanda aras kecemerlangan di negeri Johor. Kita seharusnya berasa bangga kerana sekolah mampu mengangkat Johor Bahru untuk terus bersaing di persada akademik kebangsaan.
Saya percaya tidak ada seorang guru yang ingin melihat sekolah mereka kecundang. Justeru, saya amat yakin semua warga sekolah ini telah berusaha untuk mencapai Kecemerlangan yang diimpi-impikan.
“ Make Something of yourself. Try your best to get to the top, if that’s where you want to go, but know that the more people you try to make along with you, the faster you’ll stay there.” – James A. Autry
Kecemerlangan merupakan usaha membuat perkara biasa secara luar biasa. Saya yakin dengan penggemblengan segala sumber yang ada, warga sekolah mampu untuk membuat penambahbaikan dan pemantau kepada semua program peningkatan akademik dan modal Insan Cemerlang yang telah dirancang.
Sekian , salam kecemerlangan.
Hajah Maznah binti Abdul Hamid
Guru Besar
Sekolah Kebangsaan Sri Tebrau
|