|
LATAR BELAKANG SEKOLAH
SK Sri Tebrau, Johor Bahru terletak di Jalan Sutera, Taman Sentosa kira-kira 5 km dari Pusat Bandar Johor Bahru. Sekolah ini terletak di kawasan perumahan Taman Sentosa. Sekolah ini telah dibuka pada 01.01.1982 dengan 10 bilik darjah dan 160 orang murid
Pada masa ini sekolah ini mempunyai 3 blok bangunan dengan menempatkan 25 bilik darjah termasuk 2 bilik darjah Pendidikan Khas dan sebuah Dewan Tertutup. Bilangan murid di sekolah ini pada masa ini seramai 813 orang terdiri daripada 51.92% Melayu, 31.9% Cina, 14.1% India dan 2.1% lain-lain bangsa.
Bilangan guru pada masa ini seramai 45 orang terdiri daripada 35 orang Melayu, 2 orang Cina, 2 orang India, dan 4 orang bangsa lain-lain. Sekolah ini juga mempunyai 2 orang jurulatih Bahasa Inggeris. Sekolah ini juga sedang menjalankan program j-QAF sejak 3 tahun lalu.
Sekolah ini turut menjalankan Program Bahasa Cina dan Tamil (POL) dikalangan murid-murid Cina dan India pada hari jumaat selepas waktu persekolahan.
SEJARAH SEKOLAH KEBANGSAAN SRI TEBRAU
1982
Sekolah Kebangsaan Sri Tebrau dibuka pada 1 Januari 1982. Ketika itu di bawah pentadbiran Encik Ho Peng Seng, Guru Besar SRJK Temenggong Abdul Rahman. Urusan pentadbiran harian dijalankan oleh Puan Norana Ismail sebagai Penyelia.Beliau dibantu oleh 7 orang guru pelatih dan seorang guru terlatih. Pada masa itu, hanya ada 4 buah kelas Tahun 1 sahaja. Jumlah murid hanyalah lebih kurang 160 orang. Sebanyak 6 buah kelas lagi ditambah pada bulan April. 4 orang guru pelatih telah ditukarkan dan digantikan dengan guru-guru yang berpengalaman. Pada masa itu, jumlah murid mulai bertambah. Tiap-tiap aliran ditambah dengan 1 kelas kecuali Tahun 2 sebanyak 2 kelas sahaja.
1983
Pada masa ini pentadbiran Sri Tebrau dipisahkan dari kelolaan SRJK Temenggong Abdul Rahman. Mulai tarikh itu, SKST mulai diketuai oleh seorang guru besar secara rasmi iaitu Encik Yunus b. Simin yang ditukarkan daripada SK Sri Amar. Semua urusan pentadbiran kewangan dan hal-hal lain diurus sendiri dan tidak lagi dirujuk kepada SRJK Temenggong Abdul Rahman. Semasa En Yunus b Simin mengambil alih tugas sebagai guru besar sekolah ini, keadaan sekolah terlalu kosong tanpa sebatang pokok atau bunga-bungaan yang boleh menunjukkan keceriaan sesebuah kawasan sekolah. Rumput dipadang juga masih belum tumbuh dengan sempurna. Dengan bantuan guru-guru dan para pekerja sekolah , inisiatif telah dibuat dengan menanam pokok-pokok yang diperolehi daripada Jabatan Hutan Johor dan Majlis Perbandaran Johor. Jumlah murid juga mulai bertambah dan sekolah mula mendapat keyakinan dari masyarakat setempat, khasnya dari kalangan kaun cina. Mereka mulai menghantar anak-anak mereka untuk belajar disekolah ini. Pada akhir tahun 1983, EWn Yunus b Simin ditukarkan ke SK Tanjung Puteri. Tempat beliau telah diambilalih oleh En S.S.Sidhu.
1984
Encik S.S.Sidhu menjadi guru besar mulai dari tahun 1984. Pada masa beliau, kemajuan dan pencapaian akademik murid-murid sekolah ini mula terserlah. Bangunan kedua mula didirikan pada tahun 1985/86. Beliau menjadi guru besar sehingga tahun 1987. Kemudian, beliau ditukarkan ke SJKC Ngee Heng. Tempat beliau digantikan oleh En Abdul Samad b Abdul Kadir.
1988
Mulai tahun ini, En Abdul Samad b Abdul Kadir pula menjadi guru besar. Pada masa ini, blok baru telah mula didirikan dan sekolah mulai dijalankan dalam satu sessi. Pada awal tahun 1989, En Abdul Samad b Abdul Kadir ditukarkan ke SK Bandar Baru Uda. Tempatnya digantikan semula oleh seorang bekas guru besar terdahulu iaitu En S.S.Sidhu.
1989
Kedatangan En S.S.Sidhu buat kali kedua bermula pada tahun 1989. Prestasi sekolah semakin meningkat. Beliau bertugas sehingga 1992 sebelum ditukarkan sekali lagi ke SJKC Ngee Heng. Tempat beliau diambilalih oleh Tuan Haji Abdul Rashid b Mohd Nor. Beliau datang daripada SK Peserian, Semerah, Batu Pahat. Perkhidmatan beliau disekolah ini berjalan sehingga 15 Mei 1994, apabila beliau menghembuskan nafas terakhir disebabkan penyakit semput. Sepanjang perkhidmatan beliau, kemajuan pembelajaran menampakkan kecemerlangan ,baik dari bidang kurikulum mahupun kokurikulum.
1994
Selepas kematian Tuan Haji Abdul Rashid b Mohd Nor, pentadbiran sekolah diuruskan oleh En Roduan b Ahmad yang juga turut bertindak sebagai Guru Penolong Kanan 1. Beliau mengambilalih pentadbiran sebagai Pemangku Guru Besar. Sehinggalah pada 1 Julai 1994, tempat guru besar digantikan oleh En Adam b Adas yang datang dari SRK Abdullah, Sungai Mati, Muar.
1995
Tuan Hj Roduan b Ahmad mula menjalankan perkhidmatan beliau sebagai guru besar pada tahun 1995. Di bawah pentadbirannya, prestasi sekolah menunjukkan pencapaian yang amat memberangsangkan. Beliau sentiasa komited terhadap tugas dan sentiasa mengambil berat mengenai kemajuan sekolah, kakitangan, guru-guru dan juga kebajikan murid-murid. Beliau mengakhiri perkhidmatannya di sekolah ini pada tahun 2002. Tempat beliau digantikan oleh Cik Hajah Maznah bt Abdul Hamid sebagai guru besar yang baru.
2002
Selepas Tuan Hj Roduan b Ahmad berpindah ke SK Tanjung Puteri, temapt beliau telah diambilalih oleh Cik Hajah Maznah bt Abdul Hamid yang datang dari SK Infant Jesus Convent, Johor Bahru. Beliau mula berkhidmat di sekolah ini pada 26 Disember 2002. Di bawah pentadbiran beliau, prestasi sekolah semakin meningkat sama ada di dalam bidang akademik mahupun bidang kokurikulum dan frasarana sekolah. Beliau berkhidmat disekolah ini sehinggalah ke hari ini.
|